Connect with us
Hot Selebriti

Onz

Muat Naik Foto Terkini Bersama, Ramai Minta Mimi Lana ‘Get Back’ Dengan Syafiq Kyle

Professional tau diorang ni!

Published

on

Selepas mengesahkan berakhirnya hubungan cinta pada Mei 2020, baru-baru ini pelakon Mimi Lana kembali memuat naik sekeping foto bersama dengan bekas kekasihnya iaitu aktor Syafiq Kyle.

Bagaimanapun, foto yang dimuat naik di laman Instagram itu tidak hanya memaparkan wajah mereka berdua, sebaliknya ditemani pelakon Azira Syafinaz.

Mengayakan baju sedondon berwarna kuning dan putih, ramai yang memohon agar pelakon berkenaan kembali menjalinkan hubungan cinta.

Namun, foto itu hanyalah sekadar tuntutan pekerjaan yang memerlukan mereka berpakaian sama warna oleh kerana mahu mempromosikan sebuah produk kecantikan menerusi satu temu bual.

Mereka turut bergandingan dalam sebuah drama hasil kolaborasi dengan produk kecantikan tersebut bertajuk Serikan Hatimu 2 yang disiarkan setiap Isnin, jam 9:50 malam menerusi saluran  TV3.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest