Connect with us
You Da Boss

Rilis

Mu’izz ICSYVMY Tampil Single Pertama

Tahniah adik Mu’izz atas kejayaan single pertama dan semoga terus berjaya dalam dunia nyanyian!

Published

on

Buat peminat setia program  I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) sudah pasti korang familiar dengan penyanyi yang menggunakan nama samaran Ya! Tuan atau nama sebenarnya  Mu’izz Zulqarnain.

Setelah memenangi program ICSYVMY (Musim kedua), Mu’izz yang juga juara termuda program berkenaan kini muncul dengan single pertama, Andai Nanti.

 

Sedap kan lagu ni? Kalau korang nak tahu, penyanyi berusia 17 tahun ini juga berbakat dalam menyanyikan pelbagai genre lagu.

Ini buktinya ketika Mu’izz datang ke konti bersama Geng Pagi Hot hari ini.

Sejak dilancarkan pada malam Ahad, lagu Andai Nanti ciptaan Aaron Jiam manakala lirik oleh Fedtri Yahya itu telah meraih hampir 20K jumlah tontonan di laman Youtube.

Bagi korang yang terlepas menonton persembahan Mu’izz di program CSYVMY2 ia boleh disaksikan semula menerusi laman Youtube (minggu kelapan), menampilkan Haqiem sebagai artis undangan yang kini telah meraih lebih sejuta tontonan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest