Connect with us
You Da Boss

Selebriti

“Muka Dia Sebijik Macam Wawa” – Aeril Zafrel

Tahniah Wawa dan Aeril! Selamat berpantang.

Published

on

TAHNIAH! pelakon terkenal, Wawa Zainal selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, petang Ahad.

Cahaya mata ketiga itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Menerusi akaun Instagram Wawa, difahamkan Ayya Soffya dilahirkan awal sehari, yang sepatutnya bersamaan dengan hari ulang tahun suami tercinta, Aeril Zafrel.

Menjengah ke Instagram Aeril pula, dia mendedahkan wajah puteri kecilnya itu persis seperti Wawa.

Selain itu, Aeril turut memuat naik sepotong video pendek saat sebelum Wawa memasuki dewan bedah.

Alhamdulillah, selamat semuanya. Lalu, berita gembira yang dikongsikan itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga peminat.

Sebagai rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest