Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

“Muka Macam Dah Tak Ada Darah!” – Mona Allen

Siapa tak nervous oiii!

Published

on

Suka tengok pasangan selebriti Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Disember tahun lalu, mereka semakin diulit bahagia. Alhamdulillah…

View this post on Instagram

Partner for life❤️😇

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Terbaru, Mona ada memuat naik satu foto di Instagram, berkongsi momen ketika dia pertama kali berjumpa ibu Pekin di Kelantan.

Ketika pertemuan itu, Mona atau nama penuhnya, Munna Hafiraneza Allen ini tampil ayu mengenakan baju kurung moden berwarna hitam dan sedikit solekan pada wajahnya.

“Throwback gambar masa dating dulu. Masa ni 1st time pergi Kelantan nak jumpa dgn bakal mak mertua. Masa tu @pekin7wordsckp muka kita takde darah. Dupdabdubdabb.. neves nak jumpa dgn bakal mak mertua😂🤪😜 .. #rasamcmrihanapetrapulak#citezamankenalkenal haha ok bai,” tulis Mona.

Siapa yang tak gementar kan? Mesti jantung berdegup laju memikirkan apa lah tanggapan bakal mak mertua terhadap kita.

Lantas, perkongsian foto itu menerima komen yang pelbagai daripada netizen.

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke jannah. Aminnn…

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest