Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Onz

Music Video Gundah Dilancarkan Esok

Save the date and time guys!

Published

on

 Gundah merupakan single terbaru penyanyi bertubuh genit bersuara lantang, Ernie Zakri.

Kemantapan vokalnya memang tidak dapat disangkal lagi apabila mampu membawa pelbagai jenis genre lagu sekaligus mencairkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Ernie memaklumkan music video rasmi Gundah bakal dilancarkan pada 27 Mac ini.

View this post on Instagram

Setelah aku kau pergi meninggalkan terkaku ku dalam kegelapan. Gundah Official Music Video 2 Hari Lagi 27/3/2020 9PM @nfhstudio8 #gundah #erniezakri

A post shared by @ erniezakri on

Untuk pengetahuan, lagu Gundah merupakan hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri.

Menurut Ernie, lagu Gundah ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed dan Hajjah Rokayah mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa.

Selain itu, lirik dalam lagu tersebut menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya).  Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia.

Terdahulu, video lirik Gundah meraih lebih 877,000 jumlah tontonan selepas dimuat naik di laman Youtube pada 13 Disember 2019.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest