Connect with us
You Da Boss

Rilis

Muzik Video Pudar Indah Ruhaila Dilancarkan!

Penyanyi, Indah Ruhaila kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Pudar.

Published

on

Penyanyi, Indah Ruhaila kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Pudar.

Selepas sekian lama menanti, single terbarunya itu  merupakan single ke-3 Indah selepas lagu Percayalah dan Semua Untuk Cinta.

Baru sahaja melancarkan muzik video lagu Pudar di laman YouTube, penyanyi yang mempunyai vokal tinggi itu mendapat respon yang positif daripada peminat.

Rata-rata peminat juga memuji arrangement dan kualiti lagu tersebut yang dianggap begitu bagus dan suara Indah masih hebat seperti dahulu.

Ada juga antara mereka yang mengaku lagu Indah semuanya”indah belaka” dan amat menggemari bahagian high note lagu Pudar!

Dalam pada itu, perwatakan Indah yang ditonjolkan dalam video klip Pudar ini juga lebih matang dan berbeza dari video muzik lagunya yang lain.

Bersesuaian dengan tema lagu bersifat sedih, video klip ini telah berjaya menimbulkan mood yang memberi emosi kepada penonton.

Dengan hanya menggunakan latar sebuah katil berwarna putih dan kawasan lapang, kelainan yang dibawa dalam video klip ini dilihat memberi nafas baru kepada Indah Ruhaila.

Pudar dihasilkan oleh penyanyi Amylea Azizan dan lagu tersebut terpilih sebagai antara lagu tema utama drama bersiri Nur 2 yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.

Cayalah Indah, all the best!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest