Connect with us
alt_img

Muzik Buzz

Muzik Video Temberang Catat 20 Juta Tontonan, Ini Komen Ayda Jebat

Duh, aduh aduh! Aduh aduh sayang!

Published

on

Ayda Jebat yang popular dengan lagu-lagu rancak semalam menerusi laman Instagram miliknya telah memberi komen tentang salah satu muzik video nyanyiannya.

“DON’T tell people your plans, show them results.”

Menurutnya, jangan beritahu orang tentang rancangan anda, sebaliknya tunjukkan keputusan.

Ini selepas kejayaan muzik video Temberang nyanyiannya kini telah mencatat lebih 20 juta tontonan di laman YouTube sejak dilancarkan pada 21 Disember lalu.

Dalam masa yang sama Ayda turut mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan dan pasukan yang terlibat dalam pembikinan muzik video terbabit.

Muzik video Temberang telah diarahkan oleh Aaron Lee dan mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.

Semenjak lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini ini dilcancarkan, ia telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada netizen.

Ayda kini turut giat mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul Mana Ada Hati Yang Ingin Terus Disakiti yang turut menjadi runut bunyi sebuah drama rantaian.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest