Connect with us

Konsert

My Chemical Romance Kembali Bersatu & Beri Kejutan Buat Peminat

Tak sabar!!!

Published

on

Umum mengetahui, kumpulan kegemaran ramai My Chemical Romance (MCR) pernah memberitahu mereka akan berpecah dan mahu membawa haluan masing-masing pada tahun 2013.

Namun, terkini menerusi laman Instagram rasmi kumpulan terbabit, MCR mengesahkan akan kembali bersatu dan mengadakan konsert pertama mereka selepas mereka tidak lagi bergabung.

View this post on Instagram

Like phantoms forever. Are you excited?! Check @mychemicalromance post for tickets! // #mychemicalromance #mcr

A post shared by My Chemical Romance (@my.chemicalromance) on

Konsert tersebut bakal berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember ini.

Rata-rata pengikut mereka meluahkan rasa teruja selain tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan yang popular dengan lagu Welcome To The Black Parade itu.

MCR dianggotai oleh vokalis utama Gerard Way, pemain gitar bass Mikey Way, serta gitaris Ray Toro dan Frank Lero.

Untuk rekod, album terakhir yang diterbitkan oleh mereka ialah Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys yang lancarkan pada tahun 2010.

 

Sumber daripada: Instagram MCR

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest