Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Nabila Huda Muat Naik Video Cemas Nampak Kelibat Hitam, Rupa-Rupanya….

OMG….

Published

on

Bayangkan korang tengah duduk seorang diri dekat rumah, tiba-tiba ternampak sesuatu… Ini yang berlaku terhadap pelakon, Nabila Huda apabila dia tidak dapat mengawal perasaannya selepas ternampak kelibat manusia di balkoni rumahnya. Terdahulu Nabila merakam detik cemasnya dalam keadaan teresak-esak selepas mengakui hanya tinggal berseorangan di rumah tanpa suami dan anak perempuannya.

Video yang dimuat naik Nabila dengan keadaan cemas mencetuskan kebimbangan keluarga terdekat dan warganet.

Menjelaskan perkara itu, Nabila berkata dia berada dalam keadaan baik sahaja. Rupa-rupanya, Nabila memberitahu ia hanya gimik semata-mata untuk program terbarunya, dimana dia ditugaskan untuk menghasilkan video khas mempromosikan program tersebut.

Bagaimanapun, Nabila berkata dia tidak menyangka lakonannya itu keterlaluan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak.

“Sebenarnya itu lakonan semata-mata ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu. Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa sahaja, konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah.

“Memandangkan saya ni pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu pasal nampak macam over pula,” katanya.

“Salah saya juga tak maklumkan pada orang terdekat mengenai perancangan video teaser itu dan memang semua orang tak tahu kecuali suami yang ada di rumah,” katanya.

Alahai ingatkan apa lah yang berlaku kat Nabila. Nasib baik gimik je!

 

 

 

Baca artikel sebelum ini : [VIDEO] Seorang Diri Di Rumah, Nabila Huda Cemas Nampak Kelibat Hitam Di Balkoni…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest