Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Nabila Razali Pilih Sufian Suhaimi

Sebelum ni kita selalu dengar Nabila menyanyi sorang je kan? Macam best jugak kalau Nabila berduet dengan Pian!

Published

on

Ingat tak, suatu ketika dulu Nabila Razali dan Sufian Suhaimi pernah dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta? Semua ni gara-gara selepas mereka memuat naik gambar sama di laman sosial masing-masing, tahun lalu.

Tapi jangan salah sangka tau! Memang Nabila akui, Sufian Suhaimi antara lelaki dalam senarai pilihannya.

Image result for NABILA RAZALI

Namun, Nabila berharap peminat tidak segera membuat spekulasi sebab baru-baru ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Pematah Hati itu memaklumkan dia memilih Sufian sebagai pasangan duetnya bagi projek lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Image result for NABILA RAZALI sufian

“Saya senang dengan Sufian, memandangkan kami sudah saling mengenali antara satu sama lain. Saya tahu kelebihan dan kemampuan Sufian, begitu juga sebaliknya.”

Menurut Nabila, perkara ini sudah diutarakan kepada syarikat rakaman, Namun, Nabila masih perlu mendapatkan persetujuan syarikat rakaman kerana mereka lebih tahu perkara terbaik untuk kerjaya nyanyiannya.

Image result for NABILA RAZALI hot fm

Nabila berkata, tidak seperti kebiasaan apabila dia hanya tampil dengan sebuah single setahun, untuk 2019, dia cuba membawa kelainan dengan merakamkan dua lagu baharu.

“Sekiranya perancangan ini jadi, mungkin saya memilih lagu pop. Memang ramai peminat yang mahu saya merakamkan lagu balada, tetapi saya sedar kemampuan vokal sendiri.”

Cayalah Nabila! Semoga segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar serta dipermudahkan ye.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest