Home > #PenaHot > Nah, Kucing Paling Kecil Di Dunia!

Anda pernah tengok kucing paling kecil di dunia?

Kucing ini, yang dipaparkan dalam rancangan Big Cats terbitan BBC, adalah dianggarkan sebesar tapak tangan, dan beratnya hanyalah lebih kurang 1 kilogram!

Kucing baka “rusty-spotted cat” atau nama saitifiknya Prionailurus rubiginosus boleh ditemui di hutan di Sri Lanka dan India.

Mata mereka sangat tajam, dengan jarak penglihatan ialah 6 kali lebih hebat daripada tahap penglihatan manusia! Mereka juga sangat cekap dan lincah, krew rakaman rancangan juga berdepan kesulitan untuk merakam pergerakan kucing ini.

Dan, kucing di dalam video ini, nampak je macam anak kucing, tetapi dia sebenarnya ialah seekor kucing dewasa!

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply