Connect with us
Duit Dari Kayangan

Muzik Buzz

Naim Daniel Buat Hal! Kali Ini Dengan Roti?

Kelakarlah!!

Published

on

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan semenjak 18 Mac lalu, telah menjadikan ramai individu lebih kreatif.

Termasuklah penyanyi Naim Daniel yang turut menjadi sebahagian daripada golongan berkenaan bagi menghiburkan pengikutnya.

Baru-baru ini, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi single Sumpah itu sekali lagi mencipta fenomena dengan mencipta dan menyanyikan sebuah lagu berjudul Nur Gardenia.

View this post on Instagram

Aku mengidam. Sumpah tak tipu. Yes. Ini lagu paling ikonik yang INTEAM buat bagi aku. Lejen gila. Dan aku ada buat perubahan mengikut keadaan sekarang. Tak nak tulis panjang. AKU NAK ROTI GARDENIA !

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Menggunakan melodi lagu Nur Kasih nyanyian kumpulan nasyid In-Team, Naim cuba menggubah liriknya seiring dengan situasi semasa yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia.

Terdahulu, sebuah syarikat pengeluar roti di Malaysia memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran disebabkan pengeluaran roti di kilang-kilang itu telah sampai ke tahap maksimum.

Ini telah menyebabkan rakyat Malaysia melakukan pembelian panik dengan kuantiti yang banyak.

Namun, selepas beberapa hari roti tersebut tidak lagi menjadi isu kerana syarikat berkenaan telah meningkatkan pengeluaran roti ke tahap 2.2 juta buku sehari menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest