Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Nak Duit, Tapi Goyang Kaki Je? Jangan Risau, Semua Dihujung Jari!

Tiba-tiba terfikir banyak barang kat rumah nak jual, apa lagi! Jom

Published

on

Anda tengah pening kepala hadapi masalah kewangan ketika ini? Sabar, sebab bukan anda sorang yang mengalami perkara ini, sebaliknya ramai lagi individu diluar sana yang bergelut dengan kehidupan masing-masing.

Mana tidaknya, dapat gaji je, macam-macam komitmen nak kena bayar kan? Rumah sewa, kereta, bil, perbelanjaan harian dan macam-macam lagi. Begitulah kitaran hidup kita kan? Pelbagai cara dilakukan semata-mata untuk menjana pendapatan yang halal termasuk la berniaga.

Tapi jangan risau, ada tempat untuk korang berniaga tak perlu susah payah keluar rumah, cuma duduk dirumah, jual barang yang terpakai ataupun baru dibeli

Dah banyak sangat baju yang anda simpan tapi tak pernah pakai kan? Masih ada lagi shawl ataupun tudung yang masih cantik tapi tak pakai? Kasut yang anda beli tapi salah size dan terbiar je dalam kotak tu? Daripada simpan dekat rumah, apa kata anda let go je barang-barang anda tadi dekat sini https://dhia.superdeals.com.my/

Kalau sebelum ni anda rajin baca artikel-artikel dekat https://www.dhia.com.my/ mereka pun ada slot “Sis Jual” untuk anda jual mahupun membeli barang-barang yang masih elok. Ini caranya:

  1. Daftar Untuk Jual Atau Beli

Kalau anda dah daftar, cuba check email anda. Anda akan terus dapat email seperti berikut:

Jika dah dapat email untuk aktifkan akaun korang, klik pada bahagian Confirm Email. Selepas itu, login dengan username & password yang anda daftar. Dah boleh terus mengunakan akaun untuk menjual ataupun membeli.

2. Nak Jual Barang?

Bila anda dah daftar akaun dan mahu menjual barang-barang yang ada, anda hanya perlu pergi ke https://dhia.superdeals.com.my/ dan klik pada bahagian atas kanan, yang tertera “HANTAR IKLAN”

Selepas anda klik paparan tadi, akan pop up ke bahagian untuk anda masukkan details tentang barang yang anda ingin jual tadi. Caranya mudah, masukkan tajuk barang yang anda nak jual tu, Ad type ialah berapa lama tempoh pengiklanan barang tersebut di https://dhia.superdeals.com.my/ .

Letakkan juga harga yang anda nak let go tu, jika harga tersebut nego, tick pada bahagian kotak “Is negotiable?”. Di bahagian ini juga anda boleh masukkan details seperti kategori barang tersebut, nombor whatsapp anda dan lokasi. Yang paling penting sekali, gambar (ataupun video) barang yang ingin dijual.

Setelah bahagian details dah selesai, anda hanya perlu klick pada accept terma & syarat dan klik pada butang “Save Ad”.

Mudah kan? Daripada simpan dalam almari taktau nak buat apa tu, baik anda jual dan buat duit!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest