Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

"Nak Upload Video Bukti Atau Tidak…" – Bella Astillah

Bella turut menunjukkan video bukti kepada Aliff, dan Aliff hanya terdiam dan mengaku bersalah.

Published

on

Bella Astillah memberitahu dia sudah berjumpa dengan suaminya Aliff Aziz untuk mendapatkan penjelasan dan menunjukkan bukti video perlakuannya di sebuah pusat hiburan.
Menurut Bella, Aliff hanya terdiam dan mengaku bersalah serta meminta maaf di atas perbuatannya itu.
“Saya mahu berjumpa mereka berdua. Tetapi, Oktovia menolak. Jadi, saya hanya jumpa Aliff. Pada mulanya, dia masih ingin menegakkan benang basah dan menafikan semua dakwaan saya.”
“Namun, selepas saya menunjukkan bukti video itu, dia terdiam. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi selain minta maaf. Dia mengaku bersalah dan sedar perbuatannya itu salah.”

Bella juga masih mempertimbangkan sama ada mahu memuat naik video bukti perlakuan Aliff bersama Oktovia Manrose atau tidak.

Bella turut menepis kenyataan Oktovia yang menyifatkan dia mengaibkan suaminya sendiri di media sosial.
“Dia baru dua minggu kenal suami saya. Bagi saya, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Dalam masa sama, suami saya tetap salah.”
Netizen turut memberikan kata kata semangat kepada Bella untuk terus kuat mengharungi dugaan.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest