Connect with us

Selebriti

Nama Sebenar MK Kumpulan K-Clique Korang Mungkin Tak Tahu!

Bagi yang baru mengenali kumpulan K-Clique, Mimpi antara lagu popular mereka. Hidup aku bagai mimpi~

Published

on

Kumpulan K-Clique, sebuah nama dalam arena muzik Hip Hop yang semakin mendapat perhatian meluas dalam kalangan pendengar muzik tempatan.

Bagi yang baru mengenali kumpulan K-Clique, lagu Mimpi antara lagu popular mereka yang kini sering dimainkan di corong radio.

Antara lagu hits lain kumpulan K-Clique adalah Lane lain line, Sah tu satu, Licik dan Warna.

Pada Jumaat, salah seorang anggota mereka, MK dijemput ke stesen radio Hot FM untuk siaran Geng Pagi Hot bersama Shuk, Shuib dan Fizie.

Pelbagai soalan diajukan kepada penyanyi rap ini antaranya apakah nama sebenarnya disebalik MK?

Haa…mesti ramai yang tak tahu kan? Tonton video di bawah!

Oh…Muhammad Hairi Amin nama sebenarnya. MK itu pula diambil sempena namanya dan juga nama ibunya, Kamariah.

Selain MK, K-Clique turut dianggotai Noki, Tuju, Somean, KDeaf,  FareedPF, Gnello dan NastyNas yang kesemuanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest