Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Nama Tidak Tersenarai Bagi Memasuki Masjid, Pemuda Ini Terbayang Nasibnya Di Akhirat

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Published

on

Memandangkan masjid dan surau ketika ini sudah dibuka kepada orang ramai setelah ia tidak membenarkan sesiapa masuk semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac lalu, ramai orang berpusu-pusu mahu ke rumah ibadat berkenaan.

Namun, kebenaran untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid dan surau tetap menitikberatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara garis panduan yang ditetapkan termasuklah kehadiran jemaah di masjid atau surau tersebut dipantau dan tidak boleh melebihi 20 atau 40 orang mengikut negeri.

Terbaharu, seorang pemuda telah meluahkan perasaannya menerusi laman Twitter tentang pengalamannya yang cuba memasuki masjid namun gagal.

Antara ayat yang menarik perhatian ramai adalah “maaf tuan, nama tuan tiada dalam senarai 40 orang ni,”

Itu di dunia, macam mana kalau di akhirat, sebelum masuk syurga malaikat kata “maaf nama tuan tiada dalam senarai nama-nama ahli syurga,”

Mana kita nak pergi ye..

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih lebih daripada 19,000 perkongsian dan reaksi positif daripada orang ramai..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest