Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Inspirasi

“Nanti Saya Basuh Bersih, Mesti Dia Suka” Kasih Seorang Ayah Ini Buat Netizen Hargai Ayah Masing-Masing

Sedih..

Published

on

Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak masing-masing, dan tiada juga ibu bapa yang tidak mahu melihat kegembiraan terpancar pada wajah anak mereka.

Baru-baru ini tular di laman Twitter, seorang petugas media telah berkongsi kisah yang diambil daripada Facebook Azri Walter mengenai seorang lelaki yang gigih mengangkut teddy bear menggunakan motosikal untuk dibawa pulang dan diberi kepada anaknya.

Kisahnya bermula di sini:-

Tadi saya nak pergi ke ofis di Putrajaya. Jalan lengang waktu itu. Saya memandu sambil layan angin petang. Waktu nak sampai di lampu isyarat, saya nampak seorang lelaki bawa motor. Saya nampak dia macam ada bawa sesuatu. Saya rapatkan kereta dan saya jenguk. Memang betul. Dia bawa teddy bear besar.

Kebetulan lampu merah. Saya berhenti bersebelahan dengan dia. Saya turunkan tingkap dan tanya “Bang, besar teddy bear tu. Nak bawa ke mana tu?” Dia angkat tunjuk dekat saya. Dia buka pelitup muka dan dia cakap ” Ya bang. Ini saya jumpa waktu kerja tadi. Dekat tempat sampah ada orang buang, saya ambil bang” Saya tanya lagi “Tu nak bawa balik bagi anak ke?” Dia terdiam. Dia pandang teddy bear tu, dia pandang saya. Saya pandang dia.

Tajam renungan dia lalu dia berkata “Ya bang. Anak saya lagi mahu teddy bear. Kelmarin ada nampak di kedai. Tapi harganya mahal sangat. Boleh buat lauk makan keluarga bang. (Sambil ketawa). Ini bear tadi saya jumpa dekat tempat sampah, masih elok. Memang rejeki dia.

“Nanti saya basuh bersih, saya bagi dia mesti dia suka.”

Sayu bunyinya. Saya tergamam sekejap. Lampu bertukar hijau. Dia angkat tangan dekat saya. Saya cakap dekat dia “Hati-hati bang. Nak hujan ni. Abang memang ayah terbaik”.

Menerusi ruangan komen, rata-rata sebak dengan kisah tersebut selain ada yang berpendapat bahawa orang ramai seharusnya menghargai kedua orang tua masing-masing sekiranya mereka masih ada.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest