Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Neon Band Bakal Ada Lagu Baru?

Neon mahu terus menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminat.

Published

on

Selepas kejayaan lagu Cinta Yang Telah Mati dan Kaca, pastinya peminat Neon Band kini menantikan buah tangan baru setanding dengan karya itu.

Vokalisnya, Ezwan Ariff berkata, mereka masih giat mempromosikan lagu Kaca, namun sudah dalam perancangan merakam lagu keempat.

“Kami rancang untuk rakamkan lagu keempat dan akan dilancarkan pada November atau Disember. Bagaimanapun, kalau lagu Kaca masih mendapat permintaan, single baharu hanya akan dikeluarkan pada Januari tahun depan.

“Kami tidak mahu ‘membunuh’ lagu Kaca dengan kehadiran single baharu sedangkan naskhah ini masih menjadi pilihan pendengar. Biarlah lagu ini ‘terbang’ tinggi dahulu,” katanya.

Sudah tiga tahun dalam industri, Neon Band mahu terus menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminat.

“Kami ikhlas dalam karier muzik ini. Kami utamakan kualiti dan percaya strategi ini sudah cukup untuk menarik lebih ramai pendengar.

“Kami tidak mahu menjual dengan bantuan gimik. Kadang-kadang, gimik memang gempak tetapi produk yang dikeluarkan biasa-biasa saja,” ujar Ezwan lagi.

Pembabitan Neon Band dalam industri muzik hanyalah bermula daripada hobi.

Namun, semuanya berubah apabila lagu pertama dan kedua dipilih menjadi runut lagu drama. Impak daripada perkara itu menyebabkan nama Neon Band mulai menjadi sebutan dan mereka memutuskan untuk serius dalam bidang ini.

Neon Band turut membariskan Daniel Firdaus (keyboard), Adam Slv (gitaris pertama), Shafique Sharif (gitaris kedua), Azuad Abdullah (dram), dan Naim Sapuan (bass).

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest