Connect with us
Nite Jam

Inspirasi

Netizen Puji Tindakan Jiran Prihatin Beri Makan Pada Anjing Yang Ditinggalkan Tuan

Semoga perbuatan baik gadis ini diberi ganjaran yang setimpal..

Published

on

Tahukah anda, santuni haiwan adalah perkara yang paling mulia? Lagi-lagi pada bulan Ramadan.

Namun, bilangan kes kekejaman haiwan yang dilaporkan menerusi media cetak hanya sedikit berbanding kebanyakan kes yang tidak pernah dilaporkan.

Sementara tiada seorang pun daripada pelaku dipenjarakan kerana kes terbabit malah sesetengah haiwan mati disebabkan oleh penderaan itu.

Ramai daripada penjaga haiwan terlepas daripada hukuman penjara disebabkan dakwaan digugurkan kerana kekurangan bukti.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan dua ekor anjing ditinggalkan kelaparan dirumah yang berkunci.

Nasib baik ada jiran prihatin tolong beri makan pada anjing-anjing ni.

Menurutnya, rumah tersebut dibiarkan dengan lampu luar dinyalakan namun rumah tersebut terbiar kosong.

Lebih mengerikan apabila anjing-anjing tersebut dilihat sangat garang, berkemungkinan kerana  lapar.

Gadis tersebut turut menyatakan yang dia telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang perkara berkenaan untuk diambil tindakan.

Dia yang sehingga kini masih memberi makan kepada dua haiwan tersebut turut menjelaskan akan mengemaskini dari semasa ke semasa tentang anjing yang tidak bernasib baik itu.

Semoga perkara baik yang dilakukan oleh gadis ini dapat memberi pengajaran dan dijadikan contoh yang baik buat masyarakat diluar sana.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest