Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Netizen Report Video Sharifah Zarina, Pihak Kafe Bakal Keluarkan Saman Fitnah…

Alamak, makin berpanjangan la isu ni nanti…

Published

on

Secara umumnya, kalau kita nak buat sebarang acara atau majlis di mana-mana restoran, mesti akan buat reservation supaya tempat berkenaan boleh sediakan ruang khas kan?

Namun disebabkan salah faham yang terjadi, mungkin akan mengundang perkara lain sehingga memanjangkan sesuatu isu.

Semenjak 11 Oktober lalu, tular satu video pendek dari aplikasi Tik Tok yang telah dimuat naik semula di Twitter buat tontonan umum memaparkan rasa tidak puas hati penyanyi Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia berkenaan kejadian yang menimpa mereka baru-baru ini.

Dimaklumkan Sharifah Zarina dan Athalia telah berkunjung ke sebuah kafe di Petaling Jaya bagi menyambut hari lahir Athalia namun selepas beberapa minit berada di sana, mereka tidak dapat memesan makanan kerana kafe berkenaan akan ditutup awal disebabkan satu acara yang bakal diadakan di kafe itu.

Akibat berasa tidak puas hati, mereka telah meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial sehingga kedua-dua pihak menerima kecaman daripada netizen.

Satu, netizen menganggap Sharifah Zarina dan Athalia salah kerana tidak membuat tempahan awal dan satu lagi ada golongan netizen yang mengecam pihak kafe kerana telah ‘menghalau’ pelanggan mereka walaupun perkara sedemikian tidak terjadi langsung pada ketika itu.

Rentetan itu, Sharifah Zarina telah memuatnaik satu video pendek di Instagram miliknya bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai isu berkenaan tetapi video tersebut telah diturunkan oleh pihak Instagram kerana menerima banyak laporan mengenainya.

Image

Thankyou tau report dekat Instagram video I inappropriate. Ala, yang video react anak I tu la, views cecah langit ke 7 terus kena report dan remove video tu kan.

Selepas isu berkenaan ‘disiasat’ oleh netizen di Twitter, mereka mendapati bahawa pihak kafe berkenaan sudah memaklumkan notis penutupan awal di Instagram milik mereka sehari sebelum kejadian.

Disebabkan menerima banyak kecaman buruk, pemilik kafe berkenaan yang dikenali sebagai Christine Bong sudah memberi kenyataan berkenaan isu tersebut.

Image

Pada masa yang sama, pihak mereka juga tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke muka pengadilan kerana mereka telah difitnah kononnya tidak profesional terhadap pelanggan.

Athalia juga telah dikecam oleh warganet selepas dia menggelar dirinya sebagai seorang influence kerana bagi netizen Athalia hanya seorang yang dikenali sahaja dan tidak tergolong dalam kalangan mereka yang bergelar influence.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest