Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Netizen Teruja Tunggu Gandingan Farah Nabilah & Fikry Ibrahim

Yeay, Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim ada drama baru!

Published

on

Gandingan mantap pelakon Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim kembali dalam drama Kau Yang Pertama.

Untuk pengetahuan, drama 28 episod terbitan Sha’s Media Sdn Bhd itu diarahkan oleh Hadith Omar dan akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 pada 12 Ogos ini.

Kau Yang Pertama mengisahkan tentang Farah yang membawa watak sebagai Rose Natasha, bakal menjalani latihan industri di sebuah syarikat milik Farhan lakonan Fikry. Pelbagai ragam berlaku antara mereka hingga mewujudkan rasa cinta.

Menerusi laman Instagram Farah, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton drama terbarunya itu.

View this post on Instagram

New character, new name, new storyline. Hasil kerja saya yang terbaru “Kau Yang Pertama” akan datang(12 Ogos 2019) di slot Akasia setiap Isnin – Jumaat 7pm. #kauyangpertama #dramasangat

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Tak sabarnya! Selain Farah dan Fikry, Kau Yang Pertama turut dibintangi Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan dan Wan Nor Azlin.

Sama-sama kita nantikan kisah percintaan antara boss & intern. Adakah cinta milik mereka?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest