Connect with us
Projek Radio

Viral

Netizen Tidak Puas Hati, Brosgang Jawab Isu Panas Video Curang Gadis 20k

Tiada diskriminasi, curang tetap curang…

Published

on

Setelah hampir seminggu video sosial eksperimen ‘Gold Digger Test’ yang menguji kesetiaan seorang gadis di muat naik di laman Youtube Bros Gang TV, video ini masih lagi hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial. Ada yang memuji hasil kerja Bros Gang, tak kurang juga yang mengecam tindakan mereka itu kerana menganggap mereka sebenarnya hanya melagakan pasangan di dalam video ini dan hanya mahukan ‘viewers’.

Disebabkan terlalu ramai yang mengecam dan inginkan penjelasan, Harif dan Aniq dari pihak Bros Gang TV terpanggil untuk memberi penjelasan dengan memuat naik satu video di laman sosial rasmi Instagram mereka @brosgang.tv.

View this post on Instagram

Setiap apa yang berlaku ada benda yg lebih baik di hadapan. Share video ini supaya mereka faham yg salah tetap salah. Please appreciate your partner even at your lowest point.

A post shared by Bros Gang TV 📺 (@brosgang.tv) on

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan jalan cerita video sosial eksperimen tersebut kerana menganggap mereka memaksa perempuan itu untuk curang dengan pasangannya. Mengulas lanjut tentang penjelasan Bros Gang TV, mereka tegas mengatakan pilihan untuk curang itu adalah pilihan perempuan itu sendiri. Dan mereka juga memberitahu bahawa sebelum memuat naik video itu, mereka sudah pun mendapatkan kebenaran daripada gadis itu sendiri untuk memberi pengajaran kepada masyarakat dan supaya pihak mereka juga tidak akan disaman.

Menambah lagi, Harif dan Aniq mengatakan kandungan video yang diterbitkan adalah apa yang berlaku di alam realiti dan ‘based on true story‘ bukan sekadar hanya mahu mengejar viewers. Harif dan Aniq juga berkata, rata-rata netizen ‘back up’ perempuan itu sedangkan mereka tahu perempuan itu salah kerana curang dengan pasangannya.

Mengambil petikan Aniq di dalam video berdurasi empat minit itu,

“Curang tetap curang, kau jobless ke tak jobless ke, curang memang curang”

“Baik lelaki dan perempuan sama je”

Tiada diskriminasi jantina, Harif dan Aniq meminta agar netizen mengambil perspektif dari sudut postif dan bukan hanya negatif. Mengatakan mereka tidak ada niat untuk memalukan, itu hanya sekadar untuk menyedarkan masyarakat tentang isu curang yang berlaku di dalam ‘real life’ dan untuk lebih menghargai pasangan mereka.

You be the JUDGE.

Baca artikel sebelum ini : ‘Prank ‘Kesetiaan’, Gadis ini Sanggup Curang Bila Ditawarkan RM20k Untuk Tinggalkan Kekasih

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest