Home > #PenaHot > Nikah Izara & Adib Dilangsungkan Secara Tertutup 17 November Ini

Nikah Izara & Adib Dilangsungkan Secara Tertutup 17 November Ini

Pasangan serasi Adib Khalid dan pelakon Izara Aishah akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 17 November ini.

Related image

Menerusi satu portal hiburan, Adib yang juga anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata, majlis akad nikah dia dan Izara akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Ce buat dialog.. 😅😅

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Pasangan tersebut juga akan diraikan dalam majlis persandingan sebelah lelaki dua hari kemudian.

“Sekarang ni, kami sedang lakukan segala persiapan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” jelas Adib.

Adib dan Izara sebelum ini turut mengikat tali pertunangan pada Julai lalu dan kedua-duanya juga bakal mengikuti kursus pernikahan pada hujung minggu ini.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib lagi.

Adib juga memberitahu, dia dan Izara belum membuat keputusan destinasi bulan madu mereka susulan masing-masing sedang sibuk memberi tumpuan pada majlis istimewanya yang akan berlangsung tidak lama lagi

Apa-apa pun, tahniah Adib & Izara, Hot FM mengucapkan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Leave a Reply