Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Noh Pilih Indonesia Rakam Lagu

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh kembali dengan single solo terbaharu berjudul Debu Bercahaya.

Published

on

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh kembali dengan single solo terbaharu berjudul Debu Bercahaya.

Noh juga sekali lagi memilih Indonesia dalam penghasilan Debu Bercahaya dengan alasannya tersendiri.

“Seperti lagu Angin Kencang, saya rakamkan lagu ini di sana. Entah kenapa, hanya di Indonesia saya boleh mendapatkan muzik pop Perancis era-60 hingga 70-an. Tambahan pula, saya dibantu oleh kumpulan Sore, yang turut mempunyai jalur muzik yang sama dengan material solo saya,” katanya.

Wah, tidak hairan jika single Angin Kencang yang diterbitkan pada 2014 mendapat sambutan yang sangat luar biasa, baik dalam kalangan penggemar tempatan mahupun dari Indonesia.

Dalam pada itu, Noh turut berkongsi cerita mengenai kisah di sebalik Debu Bercahaya yang ditulis berdasarkan kisah sahabat baiknya yang mengalami kemalangan jalan raya.

“Lagu ini ditulis berdasarkan kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan rakan saya sekitar tiga tahun lalu. Mengimbau kembali keadaan isteri kepada rakan saya ketika kaki suaminya terpaksa dipotong, emosi saya tersentuh.
“Saya berasa sangat terharu dengan pengorbanan yang dibuat oleh isterinya. Saya jarang mendapat ilham pada usia sekarang. Jadi, saya lebih suka menulis lagu-lagu yang mempunyai maksud di sebaliknya,” ujarnya lagi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest