Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Nora Danish Teruja Dapat Beli Barang Dapur ‘Berdua’

Stay safe!

Published

on

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat telah membenarkan dua orang dari sebuah keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan, makanan atau ubat-ubatan.

Kelonggaran tersebut cukup menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah selebriti, Nora Danish.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon drama Mak Cun itu mengakui teruja dapat keluar berdua bersama suami, biarpun hanya untuk membeli barang dapur.

Memuat naik foto memakai face mask bersama Nedim di dalam kereta, Nora berterima kasih kepada Perdana Menteri serta kerajaan yang memberikan kelonggaran itu kepada rakyat.

Bagaimanapun, mereka masih tidak boleh bergerak melebihi 10km dari tempat tinggal.

PKP fasa keempat bermula pada 29 April lalu dan akan berakhir pada 12 Mei ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest