Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Nourul Depp Geram Netizen Tak Hormat Tunku Azizah

Tudia…pekat betui loghat utara Nourul bila beletiaq!

Published

on

Adab kat mana?

Itulah persoalan yang membuatkan penyanyi, Nourul Depp terdetik di hati untuk memberi pandangan tentang isu buli siber yang tular membabitkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini.

Kata-kata negatif yang dilontarkan netizen disifatkan sebagai terlalu melampau dan biadap lebih-lebih lagi kepada Tunku Azizah.

Nourul melepaskan rasa geram dan marah terhadap segelintir individu yang terbabit menerusi satu video IGTV (Instagram) yang dimuat naik pada Rabu.

View this post on Instagram

Saja lah nak teguq jugak. Adab tu macam mana pun no 1. Duit tak banyak takpa. Tapi adab dulu. Lepas tu qeja usaha cari duit. . Kalau adab takdak, masalah. Tu pada kami lah.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Ternyata, video Nourul yang dilihat menggunakan loghat utara itu mendapat perhatian ramai dan setakat ini telah meraih lebih 25K jumlah tontonan.

Terdahulu, kehilangan akaun Permaisuri Agong daripada radar Twitter mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Beberapa laporan polis turut dibuat terhadap individu tidak bertanggungjawab yang meninggalkan komen-komen negatif sehingga ia menarik perhatian Tunku Azizah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest