Connect with us
alt_img

Drama

Nur 2 Kembali Lagi!

Tepat jam 10 malam ini, drama yang dinanti-nantikan Nur 2 akan bersiaran menerusi TV3.

Published

on

Tepat jam 10 malam ini, drama yang dinanti-nantikan Nur 2 akan bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.

Pasti ramai peminat drama Nur dah tak sabar nak menonton drama yang pernah mencetuskan fenomena hebat ni kan?

Drama Nur 2 masih menampilkan pelakon asalnya seperti seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Lebih menarik, akan ada kelainan yang bakal ditampilkan dalam drama tersebut dimana kemunculan pelakon baru, Azar Azmi yang membawa watak antagonis.

Selain itu, Syafiq Kyle juga pernah mendedahkan watak Ustaz Adam dijayakannya dalam Nur 2 lebih berani dan berbeza daripada karakter ditampilkan dalam musim pertama drama rantaian berkenaan.

View this post on Instagram

Siapa rindu Ustaz Adam? Ni Capik belanja teaser drama #Nur2 yang akan ditayangkan April nanti. So apa yang korang expect daripada musim baru ni? Cer share sikit ngan Capik.

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Syafiq Kyle berkongsi teaser Nur 2

Wah, agaknya  Nur 2 mesti lebih menarik perhatian penonton dengan elemen-elemen yang penuh beremosi. Tak sabarnya!

Untuk pengetahuan juga, lagu terbaru dari penyanyi, Amylea Azizan dan Megat berjudul Tetap Kamu bakal dijadikan runut bunyi bagi drama Nur 2 malam ini.

Siapa tahu lagu tersebut juga mungkin mampu memberi penangan hebat seperti lagu Tak Pernah Hilang dalam musim pertama drama rantaian berkenaan.

Sebelum ini, drama Nur cemerlang dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Jadi, buat peminat lama atau baru drama Nur jangan lupa saksikan Nur 2 malam ini tepat jam 10 malam okay!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest