Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Nur Ke Pentas Teater?

Siapa sangka kejayaan drama Nur membuka mata pihak Istana Budaya untuk memberi peluang membawa drama itu ke pentas teater.

Published

on

Siapa sangka kejayaan drama Nur membuka mata pihak Istana Budaya untuk memberi peluang membawa drama itu ke pentas teater.

Namun, pengarah dan penerbit drama bersiri popular berkenaan, Shahrulezad Mohameddin setakat ini belum memberikan sebarang kata putus oleh kerana beberapa faktor yang perlu diambil kira.

“Saya memang bangga dengan tawaran itu. Membawa drama Nur ke pentas teater akan meningkatkan lagi portfolio saya sebagai penerbit dan pengarah. Bagaimanapun, untuk mementaskan Nur tidak mudah kerana ia turut membabitkan pihak lain,” katanya.

“Mereka (Istana Budaya) memberikan tarikh September ini dan pada saya ia amat suntuk. Tidak mungkin kami mampu mementaskannya dalam tempoh yang sangat singkat.

“Namun, saya cuba mendapatkan jadual daripada pelakon utama Nur bagi membolehkan pementasan ini dapat diadakan,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, Nur 2 yang ditayangkan sepanjang April lalu mencatat kejayaan sebagaimana musim pertama apabila memperoleh rating 10 juta tontonan terkumpul manakala episod akhirnya mencatat 3.6 juta tontonan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest