Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Nyanyian Acapella Kwang Soo & The Gang Buat Ramai Terhibur

Lee Kwang Soo tak pernah tak kelakar!

Published

on

Nama Lee Kwang-soo memang tidak asing lagi buat peminat variety show Korea, Running Man atau pun K-Drama

Kewujudannya dalam mana-mana acara, terutamanya dalam Running Man mampu membuatkan penonton tak kering gusi dengan perangai slumber, guna taktik kotor untuk menang dan juga kelakar.

Dalam episod terbaru iaitu episod 520, salah satu cabaran yang perlu dilakukan mereka adalah membuat nyanyian acapella yang menghiburkan ramai penonton.

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Khaider Nutter memperlihatkan kesemua peserta perlu melakukan cabaran membuat nyanyian acapella dengan menggunakan lagu daripada filem The Lion King (2019) yang berjudul ‘The Lion Sleeps Tonight’.

Walau bagaimanapun, persembahan yang dilakukan oleh Lee Kwang-soo bersama ahli kumpulannya iaitu Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk dan Yang Se-chan telah menarik perhatian para penonton.

Apa yang lebih melucukan apabila melihat Lee Kwang-soo bersungguh-sungguh untuk nyanyi sebagai vokal utama sehingga ahli kumpulannya sendiri terhibur dan terpaksa menahan ketawa.

Sementara itu, ahli kumpulan Kim Jong-kook iaitu Haha, Ji Suk-jin dan Jeo-So Min turut mendendangkan lagu yang sama dalam versi yang lebih baik. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest