Connect with us
Hot Kool Jam

Dhia

‘Oh Noooo!’ Aku Jatuh Cinta? Ini Petandanya

“BERLEGAR-LEGAR  bermain di mataku. Berdebar-debar degup jantungku!”

Published

on

“BERLEGAR-LEGAR  bermain di mataku. Berdebar-debar degup jantungku!”

Wah, begitulah antara lirik lagu nyanyian Janna Nick yang bercerita tentang jatuh cinta! Bukan main lagi. Hari-hari yang korang lalui pula terasa lebih indah dan berbunga-bunga.
Namun, tahukah korang sebenarnya bila korang jatuh cinta tubuh badan juga akan memberikan reaksi. Ajaib bukan? Mari kita lihat apakah petanda korang yang sedang falling in love!

CEMAS DAN JANTUNG BERDENYUT LAJU

Pernah tak korang rasa jantung korang berdegup kencang setiap kali melihat someone? Jangan risau, kerana itu memang lumrah orang jatuh bercinta. Sebab masa korang jatuh cinta, tubuh korang akan merembeskan hormon adrenalin. Ia lazimnya berlaku ketika tubuh sedang memberi tumpuan kepada sesuatu yang penting.

SENTIASA TERINGAT-INGAT AKAN SI DIA


 
Ketika korang jatuh cinta, hormon serotonin dalam badan juga akan meningkat. Ia akan membuatkan korang teringat-ingat pasangan korang dan lekas cemas jika berjauhan. Jadi, tak hairanlah jika korang sering mencari jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan seperti kerap Whatsapp atau kacau someone di media sosial kerana inginkan perhatian atau risau jika kehilangannya.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Dhia

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest