Connect with us
You Da Boss

Thelaki

Oooo.. Ini Rupayanya Punca Ramai Player Nak Main Kat China!

Korang perasan tak sekarang ni ramai pemain bola ternama yang lebih berminat untuk bermain kat negara China dalam Chinese Super League?

Published

on

Korang perasan tak sekarang ni ramai pemain bola ternama yang lebih berminat untuk bermain kat negara China dalam Chinese Super League? Rasanya apa punca yang menyebabkan player yang memang gempak dan bertaraf dunia lebih rela bermain untuk pasukan luar eropah? Dorang tak teringin ke nak main untuk UEFA Champions League?

China sekarang memang dah mula tunjukkan yang dorang antara nama besar di dunia untuk bersaing dengan USA, Rusia dan negara besar yang lain. Tak kisah la dalam bidang apa pun, pendidikan, teknologi, atau sukan, China akan cuba untuk menjadi nama besar dalam semua bidang. Sekarang ni China nak tapau pula dalam bidang sukan bola sepak.

Baru-baru ni pula FIFA dah announced berapa ramai manusia yang tengok FIFA World Cup 2018. Seramai 3.572 billion penonton yang tengok FIFA World Cup 2018 dekat TV, platform digital, dan yang tengok secara public viewing dekat kedai-kedai minum atau restoran. Senang cerita, lebih separuh daripada populasi manusia kat dunia ni layan FIFA World Cup 2018!

Sukan bola sepak memang antara sukan nombor satu kat dunia ni. Sukan yang paling diminati. So, China takkan nak duduk diam je biar negara eropah menguasai sukan bola sepak betul? Dengan kekayaan yang dimiliki oleh China dan pelabur dari China, dorang pun pancing player bola yang gempak-gempak dengan gaji yang mahal untuk bermain dalam Chinese Super League. Peminat bola sepak seluruh dunia pun mula nampak kewujudan Chinese Super League bila player kesayangan masing-masing bermain kat China. Dalam masa yang sama, China pun boleh develop pemain dorang sendiri untuk bermain dengan player yang berkelas dunia! Jangan terkejut FIFA World Cup 2022 nanti China layak bertanding!

So, kalau korang nak tahu player ternama mana yang sekarang tengah main kat Chinese Super League, klik sini

Penulis: TheLaki

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest