Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

“Orang Ingat Saya Pelawak, Boleh Bergurau Setiap Masa”- Zizan Luah Emosinya Terganggu Dek Usikan Netizen

"Ada kala, saya penat memikirkan bila orang nak faham keadaan saya."

Published

on

Baru-baru ini, nama pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak trending di laman sosial kerana diusik netizen berhubung sekeping gambarnya bersama tiga pelakon wanita, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah yang pernah dikaitkan dengannya dahulu. Bagaimanapun, Zizan enggan mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Zizan disebabkan statusnya sebagai seorang pelawak, ramai suka bergurau dengannya tanpa mengambil kira perasaannya. Ujarnya, ada perkara yang lebih penting untuk dirisaukan dari memikirkan kata orang. Zizan juga memberitahu dia sedang risau mengenai keadaan neneknya yang sedang uzur dan berharap masyarakat dapat menghormati perasaannya.

Turut berkongsi, buat masa ini Zizan mahu fokus kepada kerjaya dan tidak mahu berfikir soal jodoh.

“Buat masa ini, saya tak fikir mengenai kahwin atau apa sahaja ke arah jodoh. Saya tiada masalah mengenainya kerana banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian. Saya menjaga ibu dan keluarga saya.

“Sebab itu, emosi saya sedikit terganggu kerana kesibukan kerja dan memikirkan keadaan nenek. Sejujurnya, saya tidak mendapat rehat yang cukup selepas pulang ke kampung menziarahi nenek, baru-baru ini,” katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, tidak semua orang faham apa yang sedang dilalui.

“Nak tak nak, saya terpaksa memujuk hati sendiri. Ada kala, saya penat memikirkan bila orang nak faham keadaan saya.

“Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya kuat untuk diri sendiri.  Jadi, saya harap semua faham kenapa hari ini saya tidak berapa okay.

Semoga Zizan terus kuat hadapi cabaran dan dugaan. Mari sama-sama kita doakan supaya kesihatan nenek semakin baik. Amin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest