Connect with us

Selebriti

Padu Nasihat Idris Khan

“Bila kali terakhir kamu…SYUKUR?” – Idris

Published

on

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon, Idris Khan di media sosial Instagram, pasti ada ternampak posting terbaru iaitu fotonya bersama seorang pakcik tua di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian itu, Idris menitipkan kata-kata nasihat buat pengikutnya di media sosial agar sentiasa bersyukur.

Biar bagaimana besar sekali pun masalah yang dihadapi, pelakon drama Tuan Danial itu percayai ramai lagi manusia lain yang lebih susah daripada kita.

Idris juga meminta masyarakat agar tidak membandingkan atau memandang serong terhadap golongan miskin kerana mungkin mereka mempunyai hati yang lebih mulia.

Lantas, pandangan serta nasihat Idris itu mendapat persetujuan daripada rata-rata peminatnya di ruangan komen.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest