Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Pakai Selempang 'Bride-To-Be', Bella Dally Terima Kejutan Dari BFF, Elfira Loy!

Elfira Loy memberi bayangan bahawa sahabat baiknya, Bella Dally bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi apabila memberi kejutan untuknya di sebuah kafe.

Published

on

Elfira Loy memberi bayangan bahawa sahabat baiknya, Bella Dally bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi apabila memberi kejutan untuknya di sebuah kafe.

Menerusi perkongsian foto di laman Instagram Elfira, Bella kelihatan begitu gembira dan terharu sambil memakai selempang Bride-To-Be!

Sementara itu, Elfira turut menulis kata-kata indah yang ditujukan buat sahabat baiknya itu.

“I will do anything to make you happy @belldally i hope you like the small surprises that i arranged for you yesterday. Including the spa!,” tulisnya.

Foto yang dimuat naik oleh Bella di Instagram

“Praying the best for her, hoping everything will go smoothly until the day! Can’t wait to see you on that special day,” kata Elfira lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji Elfira seorang kawan yang baik dan mereka dikatakan begitu berseri-seri memandangkan seorang baru sahaja berkahwin dan seorang lagi bergelar tunang orang.

Foto pertunangan Bella

Semoga segalanya dipermudahkan buat Bella Dally dan pasangan di hari bahagia nanti!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest