Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

‘Pakcik Jagung’ Tular Kerana Barang Niaga Dirampas, Ustaz Ebit Lew Terpanggil Untuk Membantu

Bersabarlah pakcik…

Published

on

Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai kes seorang penjual jagung yang enggan memberikan kerjasama ketika anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugasan.

Katanya ‘pakcik jagung’ itu gagal memberikan kerjasama dan memprovokasi anggota yang sedang menjalankan tugas.

View this post on Instagram

Ini penjelasan Majlis Perbandaran Selayang Rakaman footage anggota penguat kuasa MPS ketika kejadian. Peniaga gagal memberikan kerjasama dan memprovokasi anggota yang sedang menjalankan tugas. Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) beliau tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan arahan kerajaan negeri Selangor. MPS komited untuk membenteras peniaga tanpa permit terutama peniaga warga asing di seluruh Selayang dan diharapkan masyarakat dapat memberi kerjasama atas usaha ini. semoga pakcik jagung ini dimurahkan rezeki dan diharap kes ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua. netizen jangan kecam siapa-siapa ok. #kekaltenang __ Follow⤵️ @nak.femes @wilayah.permotoran

A post shared by Koleksi Viral (@koleksi_viral) on

Berdasarkan pemerhatian yang diambil dari video yang tular itu, pakcik ini adalah seorang pemegang kad pemastautin tetap (PR) dan tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan arahan kerajaan negeri Selangor. Disebabkan itu, pihak anggota penguat kuasa MPS merampas barang-barang perniagaan ‘pakcik jagung’ ini.

Akan tetapi, ada segelintir netizen yang kesal dengan tindakan anggota penguat kuasa MPS itu kerana bercakap secara kasar dan mereka juga turut melempar jagung pakcik itu.

Terpanggil dengan keadaan pakcik ini, Ustaz Ebit Lew datang melawat pakcik ini di kediamannya.

View this post on Instagram

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabun 90 peratus tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda. Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni. Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS selayang dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1 ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya. Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ustaz Ebit memuat naik video melawat ‘pakcik jagung’ ini dengan kapsyennya mengatakan dia sedih melihat keadaan pakcik ini yang berniaga jagung dengan penglihatan mata kabur hampir 90%.

“Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabun 90 peratus tak nampak.

“Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak.”

Ustaz Ebit juga ada bertanyakan kepada pakcik ini, katanya dalam seminggu, hampir 3 kali jagungnya dirampas disebabkan tiada lesen untuk berniaga.

“Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen.”

Image

Sumber gambar : Twitter @EbitLew

Mengatakan beliau tidak menyalahkan sesiapa, tetapi ingin meminta perhatian dan bantuan dari Majlis Perbandaran Selayang untuk membantu pakcik ini.

“Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS selayang dapat membantu pakcik ini.

“Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih.”

Image

Sumber gambar : Twitter @EbitLew

Bersabarlah pakcik, kami doakan semoga pakcik ini terus dimurahkan rezeki sekeluarga.

Tidak perlu kecam mengecam, mari sama sama kita jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua untuk saling membantu mereka yang memerlukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest