Connect with us
Projek Radio

Viral

[PANAS!] Pavithra Didera Sugu, Kini Ditahan Reman Kerana Tak Sebut Nama Waktu Terima Anugerah

Pulak dah..

Published

on

Sebuah portal hiburan online telah melaporkan bahawa suami kepada YouTuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari bermula 22 Julai 2020 oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah yang diterima isterinya baru-baru ini.

“Pergaduhan itu berlaku ketika lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Semasa kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun dia tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu memukul isterinya.

“Pengawal keselamatan yang bertugas disitu turut menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” ulas sumber tersebut

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest