Home > #PenaHot > Pandai Cakap Cina, Awek JPJ Viral!

Pandai Cakap Cina, Awek JPJ Viral!

Tidak dapat dinafikan memang ramai masyarakat di Malaysia ni, tak kira bangsa, agama dan negara mahupun perbezaan umur, fasih berbahasa Mandarin.

Kebanyakan daripada mereka yang berkebolehan betutur bahasa ketiga ini susulan rata-ratanya pernah bersekolah Cina ataupun berketurunan Cina.

Baru-baru ini, satu video telah tular dimana terdapat seorang gadis yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjelaskan proses prosedur pemindahan pemilikan kereta kepada dua orang pelajar yang berasal dari Shandong, China. Jom kita tonton:

Setakat ini, video berkenaan telahpun mendapat lebih satu juta tontonan dan tidak ketinggalan juga netizen yang meninggalkan beberapa reaksi positif pada ruangan komen.

Menurut Nur Syafiqah Azaman, 23, dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, telah membeli sebuah kereta untuk kegunaan mereka semasa belajar di negara ini dan ingin memindahkan pemilikannya.

Walau bagaimanapun, mereka mengalami kesukaran untuk membuat proses itu kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak boleh berbahasa Melayu.

“Melihat kesukaran mereka, saya terpaksa membantu mereka.

“Saya tidak menjangkakan rakan sekerja saya merakam video semasa saya menerangkan prosesnya kepada mereka dalam bahasa Mandarin.

“Saya belajar bahasa itu sejak saya masih muda kerana ibu saya adalah seorang Cina dan kami bercakap bahasa Mandarin di rumah. Selain itu, saya telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan China (SJKC) Yit Min di Changlun,” jelasnya.

Sementara itu, pengarah JPJ negeri Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata ia adalah kelebihan bagi jabatan itu untuk mempunyai seseorang seperti Syafiqah yang fasih berbahasa ketiga.

“Saya juga menggalakkan kakitangan, terutamanya di bahagian perkhidmatan pelanggan, untuk mempelajari bahasa seperti Mandarin atau Tamil,” katanya.

 

Sumber video: News Straits Times

Leave a Reply