Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Hiburan

Pantang Nampak, Yaya Zahir ‘Gilakan’ Kasut Sneakers…

Nampak style juga pakai sneakers dengan baju kurung kan, baru la lain daripada yang lain

Published

on

Memandangkan rambut ialah mahkota buat kaum wanita, kasut juga boleh dikatakan sangat penting untuk penampilan setiap orang tak kisah perempuan atau lelaki. Kasut ini ibarat pelengkap gaya kita dan memainkan peranan yang penting untuk menjadikan sesuatu outfit itu menjadi sempurna.

Bagi pengacara dan usahawan muda, Yaya Zahir dia sememangnya ‘gilakan’ kasut sneakers. Tak keterlaluan rasanya sekiranya kami menggelarkan Yaya ini sebagai fesyen ikon disebabkan gayanya yang tersendiri membuatkan ramai menjadikan dia sebagai contoh dalam dunia fesyen. Mana tidaknya, tengok sahaja la gambarnya dekat Instagram, kebanyakannya memperlihatkan pengacara berusia 29 tahun itu menggayakan kasut sneakers dalam outfit OOTD hariannya.

Kalau korang ada tengok video koleksi kasut sneakers Yaya dekat Youtube mesti korang sendiri akan rasa terbakar disebabkan koleksi kasutnya yang sangat cantik serta up to date. Sehingga July 2019, Yaya mempunyai sebanyak 37 collection sneakers dan itu baru sampai tahun lepas, agaknya tahun ini ada berapa ya semuanya? Confirm  dah bertambah banyak ni kan.

Namun menurut pengacara cantik itu lagi, dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang collector sneakers kerana baginya dia hanya beli kalau berkenan di hati atau terima hadiah daripada mana-mana pihak. Tapi kalau memang ada kasut yang dia nak, memang sanggup la untuk beratur pagi buta dekat butik kasut itu sendiri. Ikutkan video yang Yaya upload di akaun Youtube miliknya tahun lalu, sneakers yang paling mahal pernah dia miliki ialah Yeezy Boost 700 yang direka sendiri oleh Kanye West dengan berharga hampir RM3,000. Wowwww, mahalnya!

Menurut temubualnya bersama dengan satu website ini ada mengatakan bahawa fesyen dan gaya yang dikenakan olehnya itu ialah ‘casual and adventurous’ kerana dia tidak gemar untuk kekal dengan satu gaya sahaja. Dia lebih suka untuk cuba sesuatu yang baharu bagi memberi ruang kepada idea dan trend terbaharu dalam dunia fesyen.

Mana tidaknya, Yaya menjadikan Kylie Jenner dan Dua Lipa sebagai fesyen inspirasi, sebab itu la kenapa Yaya sentiasa kelihatan bergaya kalah selebriti antarabangsa tau! Kalau korang pernah tengok Yaya mengacara, dia akan membawa style pemakaian yang sangat berbeza dengan pengacara yang lain which is dia akan nampak luar biasa kerana gayanya yang versatile. Teringin juga nak tahu macam mana nak mix and match outfit dan berapa agaknya jumlah keseluruhan sneakers yang Yaya ada ya.

Korang yang tengah berjinak-jinak nak cuba style baru, boleh la try usha style Yaya mana tahu boleh dijadikan sebagai inspirasi ke kan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest