Connect with us
You Da Boss

Thelaki

PASPORT PALING POWER DI DUNIA

Bermula 2 Januari 2019, kerajaan Malaysia dah tetapkan denda untuk kita semua, rakyat Malaysia yang selalu sangat hilang pasport.

Published

on

Bermula 2 Januari 2019, kerajaan Malaysia dah tetapkan denda untuk kita semua, rakyat Malaysia yang selalu sangat hilang pasport. Bila nak bercuti luar negara baru la terhegeh-hegeh nak selongkar kat mana simpan pasport. Ada juga yang cari guna hidung. Padahal ada je kan tersimpan kat dalam almari seluar dalam tu. Tak pasal-pasal hidung yang kena.

Hilang kali pertama, denda RM 400. Kali kedua, RM 700 dan kali ketiga RM 1,200. Tu makan dia. Hilang juga kali keempat, rebus pasport tu, pastu minum, senang sikit nak ingat pasport letak kat mana hari tu.

Korang teringin tak nak tahu dalam banyak-banyak pasport kat dunia ni, pasport negara mana yang paling power? Menurut Henley Passport Index, kehebatan pasport sesuatu negara tu dinilai melalui tahap travel-friendly pasport negara tersebut. Maksudnya, berapa banyak negara yang boleh dilawat menggunakan pasport negara tertentu tanpa menggunakan Visa. Jom kita tengok senarai top 10 pasport paling power di dunia kat bawah ni.

1. Jepun

Untuk dua tahun berturut-turut, Jepun dipilih sebagai pasport paling power di dunia disebabkan tahap travel-friendly yang tinggi. Pasport Jepun boleh akses 190 negara kat dunia ni tanpa menggunakan Visa. Power jepun power!

2. Singapura & Korea Selatan – 189 Negara

3. Perancis & Jerman – 188 Negara

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini

Penulis: THELAKI

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest