Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

Pelajar Bawa Card Board Wajah Ibu Semasa Konvo Sentuh Hati Netizen

Aduh sedihnya..

Published

on

Siapa yang tak teruja nak buktikan pencapaian masing-masing dekat kedua ibu bapa kan?

Tapi, tak semua daripada kita bertuah masih mempunyai kedua orang tua, kerana ada diantara mereka tidak lagi mempunyai ibu atau ayah, atau kedua-duanya sekali.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Paulo John yang mahu ibunya turut hadir pada hari graduasinya namun tidak kesampaian apabila ibunya meninggal dunia pada tahun 2016.

Bagaimanapun, perkara tersebut sedikit pun tidak meruntuhkan semangat Paulo, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk membawa foto wajah ibunya yang diperbuat daripada card board untuk dibawa bersamanya pada majlis graduasi berkenaan.

Foto tersebut ternyata telah berjaya menyentuh hati lebih daripada 4,900 orang netizen.

Tidak ketinggalan yang turut memberi sokongan moral kepada anak kelahiran Filipina ini untuk terus tabah.

Menerusi satu portal online, Paulo merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains, Pentadbiran Perniagaan.

Menurutnya lagi, ibunya meninggal dunia akibat pneumonia.

“Bila saya bawa ni (gambar mak) masa hari graduasi, saya gembira sangat sebab saya dapat rasakan saya memang betul-betul dengan mak saya.”

Apa-apa pun tahniah Paulo! Semoga terus berjaya pada masa akan datang.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest