Connect with us
Projek Radio

Drama

Peminat Azar Azmi Teruja

Azar Azmi bakal muncul dalam sebuah drama terbaru, Maaf Tak Indah.

Published

on

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Nur 2, Azar Azmi bakal muncul dalam sebuah drama terbaru, Maaf Tak Indah.

Menerusi laman Instagram pelakon 31 tahun itu, Azar ada memuat naik satu video pendek beserta kapsyen panjang lebar sebagai teaser bagi drama berkenaan.

View this post on Instagram

Maaf yang tak mungkin indah… . Siapa kita untuk menghukum umat manusia? Siapa kita untuk mencaci hina manusia? Siapa kita untuk mengherdik manusia? Siapa kita untuk khianat manusia? Siapa kita untuk memburukkan manusia? Siapa kita? . Kita juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Samada sedar atau tidak sedar. Walaupun awak menghina saya. Memburukkan saya. Tidak boleh terima diri saya seadanya. Menghukum saya. Berkeras terhadap saya. Buang saya. Seolah segala yang buruk dan salah semuanya adalah saya. Saya sedar siapa saya. Hanya manusia kerdil hina yang meniti diatas titian buruk dan usang. Saya cuba untuk melupakan awak. Saya tidak mahu bercerita, buka mulut atau sebut nama awak sekalipun selama kita terpisah tetapi masih ada manusia yang tidak senang dengan diri ini. Masih bercerita yang tidak tahu entah dari mana. Saya telan satu persatu yang terjadi. Saya telan satu persatu cacian. Saya telan satu persatu hinaan. Saya telan setiap putaran manusia. Saya telan semua kebahagian manusia yang menari diatas kesedihan saya. Tapi xpe, saya redha. Saya serahkan semua pada tuhan. Pasti ada hari untuk saya suatu hari nanti… . Walaupun #maaftakindah Tetapi saya maafkan awak. Saya indahkan maaf itu – azar azmi – . . . #azarazmi #maaftakindah #maafituindah #snowyinstantwhite #moistureglowessence #juitajuice #kautungguakudatang #juitaikattepi #azarazmicosmetics

A post shared by ABOS (@azarazmi) on

Menjengah ke ruangan komen, peminat rata-ratanya tidak sabar menunggu kemunculan Azar dalam drama terbaru itu.

Drama Maaf Tak Indah bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.

Selain Azar, drama 18 episod itu turut menampilkan Azlee Khairi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan dan Pauline Tan.

Sedikit informasi, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah binti Azmi mula aktif dalam dunia lakonan sejak 2016 dan sehingga kini memiliki 646,000 jumlah pengikut di Instagram.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest