Connect with us
Hot Selebriti

Filem

Peminat Movie Patut Layan Filem Ini!

Yeay! ada movie baru!

Published

on

Bagi peminat filem, sudah pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk tonton filem terbaharu.

Setiap bulan, pasti akan ada beberapa filem terbaharu yang akan masuk ke dalam laman web sama ada secara percuma mahupun berbayar untuk para penonton melayan cerita kegemaran mereka.

Kali ini, kami ada beberapa filem yang terbaik untuk anda peminat filem layan!

GURU-GURU GOKIL

Guru-guru Gokil mengisahkan tentang Taat yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya tetapi dia selalu gagal dalam kariernya.

Bagi Taat, berjaya itu bermaksud seseorang yang memiliki banyak duit. Satu hari, Taat terpaksa bekerja menjadi seorang guru di sebuah sekolah.

Sewaktu menjadi guru terdapat beberapa insiden yang menimpa para guru di sekolah tersebut dan kejadian itu telah mengubah pandangan Taat terhadap duit, kejayaan dan dedikasi para guru.

#ALIVE

Disebabkan salah satu wabak yang disebabkan habuk, beberapa kawasan di Korea Selatan telah dijangkiti sehingga mangsa bertukar menjadi zombi.

#Alive mengisahkan bagaimana Joon Woo yang terpaksa memikirkan jalan keluar dari kawasan rumahnya kerana arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga dia tidak tahan dan memutuskan untuk bunuh diri.

Yoo Bin telah menghantar signal kepada Joon Woo ketika cubaannya untuk membunuh diri dan saling bergantung untuk menyelamatkan diri keluar dari kawasan perumahan mereka.

ENOLA HOLMES

Antara filem yang menjadi bualan netizen pada masa kini, Enola Holmes seorang remaja yang dianggap lemah oleh adik beradiknya, dalam misi mencari ibunya yang hilang beberapa hari setelah hari lahirnya yang ke 16.

Enola menggunakan kemahirannya untuk mengalahkan dua orang abangnya Mycroft dan Sherlock dan membantu seseorang untuk melarikan diri.

THE DEVIL ALL THE TIME

Kisah seorang pemuda setia, Arvin yang berusaha untuk melindungi orang-orang yang disayanginya di sebuah bandar yang penuh dengan rasuah dan watak jahat.

Jadi, filem mana satu yang akan anda tonton dahulu? 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest