Home > #PenaHot > Peminat tegar F1 mesti tahu fakta-fakta penting ini

Peminat tegar F1 mesti tahu fakta-fakta penting ini

Usha kronologi penglibatan dan pencapaian PETRONAS dalam F1:

 

  1. PETRONAS dan F1, dua nama yang saling melengkapi antara satu sama lain, ibarat “rakan perniagaan” tahap BFF. Detik pengenalan PETRONAS dengan dunia sukan permotoran bermula dengan menaja sebuah pasukan rali tempatan. Hubungan dua “rakan perniagaan” ini mendapat restu banyak pihak sehingga mendorong Petronas memperluas portfolio sukan permotorannya sehingga ke F1. #BFFGOAL sangat!

 

  1. Nak tau apa jadi lepastu? PETRONAS perlahan-lahan bina perhubungan dengan dunia luar apabila bertindak meluaskan pengembangan globalnya bagi menambah rizab hidrokarbon, dan membangunkan tenaga kerja bertaraf dunia, terutama dalam Penyelidikan dan Pembangunan pada awal tahun 90-an.

 

  1. Menangis beb! Bukan sebab putus kawan tapi sebab buat julung kali, PETRONAS menjadi penaja pasukan Red Bull Formula One pada tahun 1995 , sekaligus menjadikan PETRONAS sebagai jenama global!!! Pewittt!

 

  1. Tak ada apa yang boleh memudarkan kesetiaan PETRONAS terhadap F1, malah dua “BFF” ini semakin erat apabila PETRONAS kemudian menjadi penaja utama dan penaja enjin untuk pasukan Sauber PETRONAS Formula One pada 1997. Kalau nak tau, inilah titik permulaan bagi Program Teknologi Formula One, program yang membolehkan jurutera PETRONAS mengambil bahagian.

 

  1. Dah namanya “Best Friend Forever” …. mestilah PETRONAS memperjuangkan hak penajaan UTAMA Formula One Malaysia Grand Prix pada tahun 1999 sehingga berjaya! Dan masa nilah PETRONAS memperkenalkan Enjin PETRONAS E01 disamping membangunkan minyak enjin berprestasi tinggi, PETRONAS Syntium.

 

  1. Hasilnya, PETRONAS Syntium 5000 dilancarkan pada tahun 2004 untuk kereta lumba Formula One melalui Makmal Penyelidikan dan Perkhidmatan Saintifik PETRONAS.

 

  1. Bagai pinang dibelah dua, begitu juga gandingan PETRONAS dengan Sauber! Sebab tulah usahasama mereka dilanjutkan pada tahun 2005, menjadikan PETRONAS sebagai rakan kongsi premium kepada pasukan BMW Sauber F1 yang baru. Tak cukup dengan itu, kali ini PETRONAS mengambil peluang memperkenalkan program pembangunan pemandu yang dipanggil PETRONAS Formula Xperience.

 

  1. 4 tahun berlalu dan Ops, PETRONAS ada “kawan” baru ke? Rileks … masih dengan sukan permotoran lah , tapi kalini PETRONAS bergandingan pula dengan Silver Arrows sebagai penaja bersama, menjadikan pasukan mereka dikenali sebagai Mercedes AMG PETRONAS Motorsport. Pelumba mereka bukan calang-calang orang tau, siapa tak kenal Nico Rosberg dan Michael Schumacher!

 

  1. Gandingan ni memang menjadi! Mana taknya, pasukan Mercedes AMG PETRONAS F1 berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam 57 tahun di GP China pada 2012. Perghh , power !

 

  1. Anda kenal dengan jejaka kacak bernama Lewis Hamilton? Hmm bukan calon menantu mak awak lah… tapi pada 2013, Lewis Hamilton telah menyertai pasukan Formula 1 Mercedes AMG PETRONAS dan menjadi perunding prestasi teknikal untuk PETRONAS.

 

  1. Cuba memenangi hati dua gadis pada satu masa tu namanya curang bro! Tapi kalau memenangi dua kategori dalam sukan permotoran … itu CHAMPION! Macam Pasukan Mercedes AMG PETRONAS F1 memperoleh kedua-dua kejohanan dunia (pengeluar dan pemandu) buat pertama kali pada tahun 2014.

 

  1. 2015??? Mercedes AMG PETRONAS F1 masih pegang takhta CHAMPION tu buat kali ke dua.

 

  1. 2016??? CHAMPION lagiiii…. maksudnya dah 3 kali berturut-turut, kalini dengan 300 mata mendahului saingan terdekatnya.

 

  1. Mercedes AMG Motorsport memang beruntung menjadi “rakan perniagaan” PETRONAS! Sebab PETRONAS telah merumuskan dan membekalkan penyelesaian cecair buatan khusus kepadanya. Macamnilah sahabat sejati, sentiasa ada dikala perlu. Bukan tu jer, PETRONAS juga membekalkan bahan api dan pelincir kepada Mercedes AMG, Force India, dan Williams.

 

  1. Persahabatan dua rakan perniagaan ini juga (PETRONAS & Mercedes) terus utuh apabila PETRONAS menandatangani perjanjian baru dengan Mercedes, bagi mengukuhkan penglibatan mereka dalam Formula One. Berita baik untuk semua, sebab PETRONAS sedang membangunkan produk bertaraf dunia dari trek ke jalan raya, untuk kita-kita… terbaiklah !

Leave a Reply