Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Pemuda Minta Tolong Orang Awam ‘Edit’ Gambar Arwah Ibu, Hasilnya Buat Netizen Tersenyum

Potong bawang lagi..

Published

on

Bukan semua individu di dalam dunia ini dikurniakan bakat atau kelebihan untuk menyunting gambar.

Ada yang perlu mengikuti kelas atau kursus untuk mempelajari teknik-teknik itu dan ada juga yang menghabiskan masa untuk menonton ‘tutorial‘ semata-mata meminati dan keinginan diri sendiri untuk mendalami ilmu tersebut.

Baru-baru ini tular di laman Twitter pemuda meminta seorang individu untuk cuba ‘edit‘ satu-satunya gambar almarhumah ibunya yang sudah meninggal dunia.

“Tolong bang, edit biar saya bisa cetak foto almarhumah ibu saya cuma ada foto ini..”

Jom lihat hasilnya:-

Ciapan dan foto yang dimuat naik itu sehingga kini menerima lebih daripada 11,000 perkongsian selain ramai turut tumpang gembira atas kejayaan lelaki berkenaan menyunting foto berkenaan.

Dalam pada itu, penyunting yang menggunakan nama @tidakpakesoftex itu turut berkongsi pengalaman beliau hampir menitiskan air mata sewaktu susulan ia amat memberi kesan terhadapnya kerana ibu pemuda tersebut mempunyai raut wajah yang sama seperti ibunya.

Selepas diperhatikan laman Twitter pemuda tersebut, ternyata beliau sebenarnya banyak membantu orang ramai menyunting gambar-gambar lama. Good job!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest