Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

Penantian 17 Tahun Misha Omar

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila Misha Omar bakal menjayakan konsert solonya, This Is Misha Live at DFP pada 5 Ogos depan.

Published

on

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila Misha Omar bakal menjayakan konsert solonya, This Is Misha Live at DFP pada 5 Ogos depan.

Konsert satu malam yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) itu bakal membawa peminatnya mengenang jatuh bangun perjalanannya dalam industri muzik sepanjang 17 tahun.

“Secara jujur, saya agak berdebar, pada masa sama, teruja menantikan detik itu. Sebagai penyanyi, ini momen yang saya paling tunggu kerana sudah 17 tahun saya menanti untuk mengadakan konsert solo,” katanya.

Mengenai persiapan menjelang konsert itu, Misha berkata, latihan hanya bermula selepas sambutan Aidilfitri kerana dia akan berehat sepanjang Ramadan nanti.

“Seperti biasa, saya akan kembali menjalani latihan vokal di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat. Selain lagu popular, saya juga mahu membawa peminat mengimbau sentuhan yang menjadi kegemaran ramai.

“Saya juga merancang untuk menampilkan segmen penghargaan, tetapi belum memikirkan untuk siapa. Apa yang pasti, malam itu akan melakar satu lagi sejarah manis dalam kerjaya nyanyian saya,” ujarnya lagi.

All the best, Misha!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest