Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Penantian 3 Tahun Liyana Jasmay Berakhir

Bella & Jamie kini ke pawagam, bakal menemui peminat 31 Januari !

Published

on

Liyana Jasmay akhirnya boleh menarik nafas lega!

Selepas 3 tahun menunggu, filem sulung terbitannya , Bella & Jamie bakal menemui penonton pada 31 Januari ini.

Menurut Liyana, yang dihubungi BH Online, filem itu yang menjalani penggambaran pada pertengahan 2015 mengambil masa yang lain untuk selesai kerana syarikat Mermaid Studio berdepan masalah kewangan.

Tetapi, kata Liyana lagi,

Ia perkara biasa dalam penerbitan filem. Nak menghasilkan sesebuah karya untuk tayagan di pawagam bukan mudah, dan juga memerlukan kos tinggi. Tetapi ia akhirnya dapat disempurnakan, menerusi dana yang diperoleh daripada projek diterbitkan production house miliknya.

Liyana turut melahirkan keyakinan Bella & Jamie, filem mengenai teman baik dan persahabatan, mampu menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pawagam.

“Ketika mengikuti kursus filem di New York sebelum ini, saya turut diajar mengenai pembikinan naskhah yang boleh menyentuh hati penonton”

Selain Liyana yang membintangi filem ini bersama Juliana Evans, ia turut menampilkan Khir Rahman, Dynas Mokhtar dan Izzue Islam.

Nah, sedikit trailer pendek Bella & Jamie!

https://youtu.be/TNU9x0rIavY

 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest