Connect with us
Duit Dari Kayangan

Viral

Penat Tengok Sampah, Sikap Prihatin Pemuda Ini Dipuji Netizen

Apa guna tong sampah kalau tak digunakan?

Published

on

Akibat sudah letih bila tengok banyak sampah bersepah di sekitar Pintasan Saloma, Kuala Lumpur, seorang pemuda mengambil keputusan untuk membuat kerja amal di sana.


Pada 13 September yang lalu, pengguna Twitter dikenali sebagai Ruud Irwan telah berkongsikan gambarnya bersama dengan satu plastik sampah yang dikutip dekat kawasan tumpuan ramai itu.

Sehingga kini, sebanyak hampir 14,000 retweet diterimanya selepas gambar tersebut dimuat naik di Twitter.

Walaupun sudah ada banyak tong sampah diletakkan di sepanjang Pintasan Saloma itu, tetapi ada juga pengguna yang tidak bertanggungjawab tetap membuang sampah merata-rata.

Ramai netizen memuji sikap terpuji pemuda tersebut dan berharap agar ia boleh menjadi ikutan orang ramai.

Mungkin mereka dah terbiasa buang sampah merata-rata di rumah sampaikan dibawa pula sikap sebegitu di tempat awam.

Ciapan tersebut juga telah mendapat perhatian daripada bekas Menteri Belia Dan Sukan iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq.

Saddiq juga menyatakan bahawa sikap baik itu sememangnya harus dijadikan nilai murni dan tauladan kepada rakyat Malaysia yang lain.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, selepas ini kita boleh la biasakan diri untuk membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.

Let say kalau tak ada tong sampah di kawasan terdekat, simpan sahaja sampah itu sehingga ia boleh dibuang di tempat yang sepatutnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest