Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Pengantin Lega Masih Hidup Selepas Video Ledakan Dahsyat di Beirut Tular

Alhamdulillah..

Published

on

“Tiada kata-kata yang dapat digambarkan ketika letupan itu berlaku, saya terkejut dan berfikir apa yang telah terjadi. Adakah saya akan mati dan bagaimana saya akan mati,”

Itulah reaksi Israa Seblani, seorang doktor yang tular videonya ketika meragakan pakaian pengantin dan dalam masa yang sama mengalami tekanan sewaktu sebuah ledakan berlaku di ibu kota Beirut.

Pada 4 Ogos, telah berlakunya letupan besar di Lubnan yang memusnahkan keseluruhan kawasan pelabuhan tersebut sehingga menyebabkan kerajaan negara itu mengisytiharkan darurat.

Turut terkena tempias apabila kamera yang digunakan untuk merakam video kenangan perkahwinan antara Israa Seblani dan suaminya Ahmad Subeih terjatuh sekaligus merakam runtuhan dan serpihan kaca yang jatuh.

“Saya turut berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada orang lain, tetapi dalam masa yang sama bersyukur saya masih hidup,” ujarnya kepada sebuah portal online.

Bagaimanapun selepas kejadian berkenaan, dia dan suaminya cuba menenangkan diri dan sambung makan malam.

Semoga rakyat Lubnan terus tabah dalam mengharungi ujian ini dan sentiasa terlindung daripada musibah..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest