Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Pengikut IG Amyra Rosli Cecah Angka 5 Juta

Ha tepuk! Cayalah Amyra…

Published

on

Fuyooo…dalam diam pengikut pelakon, Amyra Rosli di Instagram telah pun mencecah angka 5 juta. Jutaan tahniah diucapkan!

Tidak dinafikan, Amyra antara artis yang cukup aktif mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan berkongsikan foto diri, keluarga dan juga perkembangan kerjaya.

View this post on Instagram

My botak man 👨🏻‍🦲❤️

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Bagi yang mengikuti Amyra di Instagram, sudah pasti tahu dia juga sering berkomunikasi dengan peminat menerusi live video.

Tambah pula kalau ada Aqeef Anaqi, gelagat comel anak lelakinya itu sentiasa menghiburkan hati dan ternanti-nanti oleh peminat.

Selain itu, nama Myra yang ‘meletop’ dengan drama-drama terbaru termasuk Nur 2 awal tahun ini turut memberi impak positif kepada jumlah pengikutnya itu.

Semoga Amyra terus sukses dalam dunia hiburan dan kekal bersih daripada sebarang kontroversi.

Maklumlah, bila ramai followers ni, tingkah laku selebriti sentiasa diperhatikan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest