Connect with us
alt_img

Selebriti

Penyakit Saraf Aaron Aziz Sudah Pulih

Pelakon, Aaaron Aziz memberitahu dirinya sudah kembali sihat dari penyakit saraf.

Published

on

Pelakon terkenal Aaron Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak mahu dia mengurangkan babak aksi dan lasak dalam filem kerana pernah mengalami masalah saraf sebelum ini.

Menurut pelakon kelahiran Singapura ini, masalah saraf membabitkan urat di bahu kirinya itu sudah pulih.

“Alhamdulillah, ia sudah okay dan saya tidak ada masalah untuk berlakon dalam cerita aksi. Cuma saya tidak boleh mengangkat besi atau barang berat bimbang ia akan berulang kerana usia pun sudah meningkat,” katanya.

Aaron yang amat meminati filem genre aksi juga percaya masih ada cara lain untuk melakonkan babak aksi dalam filem tanpa mengakibatkan kecederaan.

“Saya boleh menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri untuk melakonkan babak aksi seperti jatuh dari tempat tinggi dan babak lasak lain.

“Kalau setakat babak aksi ringan seperti bertumbuk dan sepak terajang, saya boleh melakukannya tanpa bantuan pelakon lagak ngeri,” ujarnya lagi.

Syukur kesihatan Aaron sudah kembali seperti sedia kala. Semoga terus sukses okay!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest